Sunday, December 7, 2008

ada hikmah di sebalik kejadian.........

setelah 3 hari meratapi pemergianmu,baru kini ku punya kekuatan utk menulis..memori bersamamu tidak akan ku lupa..

jam 8:15 malam,tanggal 3/12/08,sedang ku memandu mobil suzuki swift yg bernombor pendaftaran WRN5013,ku terima satu panggilan..pada mulanya ingin ku abaikan,tapi terdetik dihatiku,mungkin,ini panggilan yang penting??siapa tahu.......lalu sekilas ku tatap skrin hp ku,ternyata,ianya dari ayahku...."owh,ku mesti menjawabnya"getus hati kecilku...
ku jawab panggilan itu tanpaku berlengah lg....terdengar di sebelah sana,suara adikku..."abg,abg kat mane???".....................setelah sesi soal jawab yg tidak relevan dalam kisah ini,lalu adikku terus memberitahu berita yg ku tidak sangka,tidak ku jangka,tidak pernah terfikir,dan tidak pernah terlintas langsung di di hatiku..."abg,kambing abg yg mcm bola tu dah hilang,kene curik malam semalam......."

aku kaku,lidahku kelu,hatiku sayu......................................masa seolah terhenti seketika,ketika tiba2 di fikiranku terlintas memori bersama kambing kesayanganku itu.........................mataku bergenang..........................................ku tahan jua air mataku dari melimpahi tebingnya..........uya di sebelah tertanya2..kenapa riak wajahku tiba2 berubah???

"owh............"hanya itu yg mampu ku ucapkan dari lidahku yg semenjak tadi kelu.....disusuli pause yg panjang..........setelah adikku menerangkan segalanya,aku memahami,tetapi masih tidak dapatku terima kenyataan ini...setelah manamatkan panggilan.....baru ku ceritakan kepada gadis di sebelahku tentang berita yg telah meruntun jiwaku itu......uya cuba menenangkanku...dan aku cuma berkata,beriku masa utk menenangkan diri...dia akur.....

dan ku juga akur,bahawa ini semua adalah ketentuan-Nya,yg hanya mahu menguji hamba yg lemah ini...

byk persoalan bermain di fikiranku,kenapa dia hilang,mengapa dia,bukan kambing yg lain,bagaimana dia hilang,dan yg mencurinya siapa??itu yg saya tidak tahu....(dgn nada en amran dlm Los dan Faun)

mungkin selama ini aku sudah jauh menyimpang dari jalan-Mu,dan ini adalah balasan atas kelekaanku???
mungkin aku terlampau kejarkan dunia sehingga lupa bahawa ada yg lebih besar dari itu?????
mungkin Yg Maha Kuasa cuba menyedarkanku bahawa aku sekarang melihat dunia hanya melalui mata yg dikaburi oleh wang ringgit yg tidak boleh ku bawa bersamaku sehingga ke liang lahad????

ahhhh.....mungkin aku berfikir terlampau jauh.........................atau aku yg semakin jauh??????

ataupun,ini hanyalah perkara biasa yg berlaku menjelang hari raya korban yg hanya tinggal beberapa hari saja lg???????
ataupun,mmg dari dulu lg ada orang yg mensasarkan kambing itu kerana keistimewaannya,bulunya yg cantik,gebu,dan badannya yg tegap serta tinggi????
ataupun,ini semua hanyalah konspirasi mereka yg tidak bertanggungjawab utk mengaut keuntungan melalui jalan yg tidak sepatutnya,seperti didalam cerita Los dan Faun arahan afdlin shauki itu????

semua persoalan itu bermain di fikiranku......namun,utk semua persoalan itu,tidak juga kutemu jawapannya.....sehinggalah ke hari ini,ku masih tercari2,tapi belum kutemu......jawapan utk segala persoalan itu..........dan juga..............kambing kesayanganku...ku pasrah........

setelah aku mulai stabil,mindaku mulai terbuka,ku lihat segala yg berlaku dari sudut yg berbeza,hanya utk menyedapkan hatiku yg telah terguris.........ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yg berlaku.....

mujur hanya seekor kambingku yg dicuri,masih ada 3 ekor lg.....
mujur hanya kambingku yg dicuri,bukan mobilku,wang ringgit milikku,mahupun hp ku......
mujur pencuri itu memecah masuk kandang kambingku,bukan rumah tempat tinggalku.......
yg hilang hanya seekor kambing,bukan teman wanita,mahupun sahabat handai,jauh sekali ahli keluarga........
yg hilang hanya kambing,bukan anggota badanku,jauh sekali nyawaku.............
yg hilang hanya kambing,aku tidak hilang sabar,mahupun hilang akal.............

ku hilang kambing yg bernilai RM4k,tapi,aku masih ada nyawa,anggota badan yg sempurna,akal yg sehat,ahli keluarga,sahabat handai,teman wanita,rumah untukku berteduh,kereta untukku bergerak kesana sini,dan wang ringgit utkku belanja.......

aku redha dgn apa yg berlaku dan ku bersyukur pada-Mu ya Allah atas segala yg ku miliki,yg telah ku miliki,dan yg akan ku miliki.......Alhamdulillah......

p/s:diharapkan sesiapa yg ada TERnampak, TERlihat, TERjumpa, TERambil, TERbeli, atau TERcuri, TERima kasih saya ucapkan jika sanggup memberikan maklumat atau dgn rela hati memulangkan beckham kepada saya......fikirlah psl halal haram,dosa pahala,syurga neraka....

haniefkhalid.blogspot.com

10 comments:

Anonymous said...

wah...nama kambing hang canggeh2

Anonymous said...

alaaa shiannya..
tumpang sedey...
takpa..kambin lain masih selamat

Hanief Khalid said...

tu baru nama kambing,tggu la nnt aku ada anak,nama depa lg canggih2!!!!haha...

Pengiran Kudos said...

kecian..... (buat cam nada upin dan ipin)....

Anonymous said...

Los dan Faun best kannnnn. Hehe.

Hanief Khalid said...

sgt laa bes!!!dari setat sampai abes gelak je tak berenti..kenapa gelak tak berenti???haa...itu saya tak tau..

Oasis said...

Aku yak tau lak yg ko ni ada bela kambing

Hanief Khalid said...

dah stgh tahun jugak la bela,baru lg...

Nadia.M said...

kambing ko dilesapkn oleh serena mysterina dlm show dia yg dinamakan
"i make your goat dissapear one"

hahaha~

Hanief Khalid said...

haha..nice one nad!mungkin laaa.. ;p