Thursday, December 11, 2008

tragedi tanah runtuh.salah siapa???

ketika ini, malaysia dikejutkan dgn beberapa siri tanah runtuh yg sehingga kini telah meragut 4 nyawa di bukit antarabangsa dan 2 di ulu yam.hujung tahun ini sahaja,selain 2 lokasi tersebut,tanah runtuh telah berlaku juga di damansara,di jalan ulu yam berhampiran sekolah lama penulis(SEMASHUR seindah nama),dan juga terdapat banjir lumpur di ringlet,cameron highland. maaf dipinta terlebih dahulu sekiranya entry kali ini ada menyinggung sesiapa kerana penulis sama sekali tidak berhasrat utk melukakan hati sesiapa.

rakyat sudah sedia maklum bahawa telah byk kejadian seumpamanya telah berlaku di kawasan sekitar bukit antarabangsa,dgn 2 kejadian yg paling penulis dpt ingati adalah tragedi highland tower yg telah meragut nyawa 48 org dan juga tanah runtuh yg telah meranapkan rumah seorang bekas org besar tentera(tak igt sape namenye)

hari ini dalam surat khabar berita harian di muka depan ada menulis, penduduk bukit antarabangsa mahu menyaman PBT yg dikatakan tidak bertindak melakukan langkah pencegahan awal bg mengelakkan kejadian itu dari berlaku setelah beberapa aduan dibuat berikutan terdapat beberapa tanda berlakunya pergerakan tanah di kawasan tersebut (merujuk kepada pokok tumbang di kawasan tersebut beberapa hari sebelum kejadian).

benarkah PBT yg bersalah dalam hal ini???
ataupun memang ini adalah bencana alam yg tidak dapat dielakkan dan boleh berlaku dimana2 sahaja???
ataupun salah pemaju kawasan perumahan tersebut kerana memajukan kawasan lereng bukit yg memang telah diketahui berbahaya untuk diduduki???
ataupun salah penduduk sendiri yg telah silap membeli rumah di kawasan yg berbahaya itu??

kalau kita tanya PBT,dia akan salahkan pemaju,mungkin dgn berkata mereka yg telah gagal membangunkan kawasan tersebut dgn selamat.
kalau kita tanya penduduk,mereka akan salahkan PBT kerana gagal mengambil tindakan yg sepatutnya.
kalau kita tanya pemaju,mereka akan salahkan PBT kenapa meluluskan projek tersebut jika kawasan itu berbahaya??mereka juga mungkin berhujah bahawa ada permintaan daripada pengguna utk memajukan kawasan lereng bukit,sebab itu la diorg majukan.

jadi siapa yg bersalah??semua pihak??ataupun kerajaan yg bersalah sebab gagal melindungi penduduk??wakil rakyat kerana gagal menjaga kebajikan rakyat kawasan terlibat??kalau asyik fikir pasal siapa yg bersalah,sampai bila2 pun masalah tak selesai.

untuk menuding jari menyalahkan pihak yg lain memang mudah,tapi apa yg penting sekarang adalah kita perlu bersatu memikirkan bagaimana kita dapat mengelakkan tragedi seumpama daripada berlaku.

terdapatkah akta mengawal pembangunan kawasan lereng bukit atau kawasan berbahaya yg berpotensi utk berlaku bencana sebegini???
kalau ada,adakah dilaksanakan dgn berkesan??
bagaimana pula dgn pemantauan kawasan tersebut selepas siap dibina??
siapakah yg bertanggungjawab mengenalpasti dan memantau semua kawasan berpotensi utk berlaku bencana??
apakah tindakan yg boleh diambil oleh pihak berkuasa jika mereka berasa bahawa sesuatu kawasan itu telah tidak selamat utk diduduki??
kepada siapa perlu dilapor jika penduduk berasa kawasan mereka tidak selamat??
adakah kepada PBT,adakah kepada wakil rakyat,kepada polis,adakah kepada karam singh walia,TV3,atau kepada semua mereka???

satu kerjasama menyeluruh semua pihak adalah amat diperlukan utk mengelakkan perkara sama dari berulang.kerajaan terutamanya perlu bertindak menggerakkan semua jabatan yg berkaitan (IKRAM,PBT,JKR,kepakaran IPTA,etc..)
utk mengenalpasti kawasan yg berbahaya di seluruh negara,
melakukan penyelidikan tentang potensi berlakunya bencana di kawasan yg telah dikenalpasti,
mengambil tindakan sepatutnya bg mengelakkan bencana dari berlaku,
memberi amaran kepada penduduk tentang bahaya kawasan yg mereka duduki,
mendidik penduduk tentang apa tindakan yg perlu dan boleh diambil jika mereka berasa terancam,
juga mendidik penduduk mengenai tindakan yg perlu diambil jika telah berlaku bencana(cth mcm kalo gempa bumi budak sekolah kat jepun sembunyi bwh meja laa,pastu bila reda lari kuar bangunan,kalo kebakaran,lari kuar bangunan dan berkumpul di tempat lapang,kalo accident,buat cpr,jadi kalo tanah runtuh,ape kene buat????).
wujudkan satu sistem memberi amaran kepada penduduk di kawasan berpotensi jika keadaan memungkinkan bencana berlaku(hujan lebat berterusan,etc..kalo ujan lebat berterusan je,kite mst pikir psl banjir,sekarang,kite kene pikir pasal tanah runtuh pulak)
pemantauan berterusan/berkala bagi kawasan yg berpotensi.
itu semua adalah bg kawasan yg telah dibangunkan.

bagi kawasan yg belum dibangunkan,
perlu diwujudkan kriteria kawasan yg mcm manakah yg tidak digalakkan utk dibangunkan.
kajian besar2an seluruh negara perlu dilakukan bg mengenalpasti kawasan yg berbahaya.(tidak mungkin kot dlm keadaan ekonomi sekarang)
mungkin juga kerajaan perlu mewartakan kawasan yg tidak layak utk dibangunkan,jika kawasan tersebut tidak melepasi kriteria yg ditetapkan(jenis tanah,darjah kecerunan,etc..aku taktau sgt psl geologi ni)
jika pemaju ingin membangunkan suatu kawasan yg pd pendapat PBT adalah berpotensi utk berlaku bencana,mungkin perlu ada satu badan bertindak melakukan penyelidikan di kawasan tersebut bg mengkaji kesesuaiannya utk penempatan.(kalo pemaju je yg buat penyelidikan,mst takley pecaye sebab diorg nak untung jee..)
langkah2 keselamatan yg lebih yg perlu diambil oleh pemaju jika ingin bangunkan kawasan sebegitu.(tembok,penghadang batu,tanam rumput,pokok bg mengelakkan hakisan,etc...)

apapun,takziah diucapkan kepada semua yg terlibat.diharap anda semua tabah menghadapi semua dugaan ini.saya juga ingin memberikan setinggi penghargaan kepada semua yg telah mengorbankan cuti aidiladha mereka utk membantu mangsa yg terlibat(polis,tentera,pasukan SMART,doktor yg telah dibekukan cuti,etc..)sesungguhnya pengorbanan anda adalah pengorbanan ke arah kebaikan dan semoga dibalas dgn kebaikan utk anda semua.dan akhir sekali,sedekahkan al-fatihah kepada mereka yg telah terkorban dalam bencana ini.semoga roh mereka dicucuri rahmat(bg yg islam jela..).

mari kita sama2 menadah tangan berdoa,semoga bencana yg sama tidak berulang,dan semoga negaraku tercinta ini dijauhkan dari segala malapetaka.amiin.

p/s:sekali lagi,penulis memohon ribuan ampun jika ada yg terasa dgn entry kali ini,kerana mungkin ianya sensitif.sejujurnya penulis hanya berniat baik dalam menyedarkan semua pihak agar kejadian yg sama tidak berulang.

haniefkhalid.blogspot.com

2 comments:

Oasis said...

Aku rasa rasuah salah satu faktor utama. Menteri Selangor masa tu yg meluluskan projek tu sedangkan ramai pihak sedia maklum akan risiko yg bakal dihadapi

Anonymous said...

sama pendapat dgn oasis..hehe