Thursday, March 12, 2009

conspiracy theory

entry ini ditulis di kala penulis sedang kebosanan kerana tiada apa hendak dilakukan..ilham untuk menulis ini datang ketika penulis sedang menonton televisyen saluran 104 astro ria..

kebelakangan ini,negara sering dilanda hujan lebat yg sehingga boleh menyebabkan banjir kilat di sesetengah kawasan terutama sekali di lembah klang.baru semalam hujan lebat yg melanda beserta ribut yg sgt kencang telah menumbangkan 2 batang pokok berhampiran dengan kediaman penulis..rumah penulis jugak telah mengalami black-out dek dentuman guruh dan kilat yg sabung menyabung...berlaku juga banjir di kawasan kepong dan sesetengah kawasan yg mana tidak didalam kawasan liputan terowong SMART..tahniah kepada pihak yg telah muncul dgn idea terowong SMART itu yg telah mengelakkan lebih byk kejadian banjir berlaku...

apakah penyebabnya??mungkinkah pemanasan global yg kian memuncak dek kerakusan manusia menjamah hasil bumi??el-nino??la-nina??atau mungkin ini adalah fenomena alam yg biasa sahaja..

kalo hendak dituding kepada musim peralihan monsun yg sememangnya menyebabkan hujan paling lebat di negara kita,itu adalah tidak mungkin,kerana seingat penulis,sewaktu belajar geografi di tingkatan 3 di SMK Cheras Perdana di bawah bimbingan cikgu wan asma faliza,musim peralihan monsun adalah pada april dan oktober iaitu di antara monsun timur laut yg melanda pada november hingga mac dan monsun barat daya yg melanda dari mei hingga september..(sila rujuk kembali buku geografi tingkatan 3)

ataupun mungkin ini adalah ketentuan Ilahi??penulis sendiri pernah menjawab begitu sewaktu ditanya oleh cikgu wan asma mengenai suatu fenomena alam yg tak dapat dijawab oleh penulis..penulis telah dimarahi oleh cikgu kerana telah menjawab "fenomena itu adalah ketentuan tuhan" sewaktu ditanya oleh cikgu..cikgu cakap "kalo mcm tu,baik tak payah belajar.semua yg berlaku mmg la ketentuan tuhan,tapi kita sebagai manusia kenalah berfikir kenapa ia berlaku.....bla..bla...bla..."byk lg leteran cikgu yg penulis sudah lupa kerana perkara itu telah terjadi 9 tahun yg lalu..

jadi,mengapakah hujan lebat semakin menjadi2 pada waktu ini???

oleh kerana penulis tidak mampu untuk memberikan jawapan saintifik yg konkrit,maka penulis pun terfikirkan teori ini..hujan lebat sehingga menyebabkan banjir itu bermula sejak awal bulan ini(mac)..dan sejak awal bulan ini juga,ramai rakyat malaysia yg terpaku dihadapan televisyen untuk melihat rancangan yg telah mencetuskan fenomena di seluruh negara sejak 7 tahun lepas..apakah rancangan tersebut?

ya,tepat skali firasat para pembaca,rancangan tersebut adalah rancangan Akademi Fantasia yg telah masuk musim yg ke-7 pada tahun ini...

jadi,apa pula kaitan rancangan televisyen dgn hujan lebat yg melanda negara???penulis sendiri telah melihat sesi latihan para peserta akademi tersebut,kerana ibu penulis merupakan peminat setia rancangan itu,dan dari pendengaran dah pengamatan penulis,mungkin punca hujan lebat itu telah diketahui..sesetengah peserta ada yg buta tempo,lari key,dan sebagainya..pendek kata,nyanyian yg sumbang itulah telah menyebabkan hujan turun mencurah2 melanda lembah klang...

terima kasih kepada anda yg sudi melapangkan mase membaca entry kali ini..

4 comments:

Oasis said...

Pelajar2 AF kali ni boleh tahan la...ko ni, buta seni kut. Heh

Pengiran Kudos said...

hehehe.. biasa jer.. kiter nyanyi lagi sedap kan anep kan2!!... hehehe... tsunami terus... ooops!

Hanief Khalid said...

wadi:sori sket,aku bukan buta seni ok,aku bakat seni tau..haha..

abg awg:mmg kte nyanyi lg sedap...sampai air laut pon dtg kat darat nak dgr kte nyanyi..hehe..;p

Oasis said...

Ok la tue. Kita kan org seni. Heh